Tuesday, September 26, 2006

Saya berkesempatan untuk menonton pertandingan ini pada hari kedua. Pusingan awal telah diadakan pada malam sebelumnya. Walaupun hujan renyai-renyai, peminat-peminat pertandingan seni beladiri tidak melepaskan peluang untuk membanjiri dataran merdeka untuk menyaksikan sendiri perttandingan ini.

Terdapat lebih kurang 16 orang telah melepasi pusingan awal. Ada juga yang menarik diri kerana kecederaan. Semua peserta tidak memakai uniform mengikut displin kecuali peserta tomoi yang memakai seluar tinju mereka. Beberapa orang peserta yang saya kira dari kickboxing dan wushu juga memakai seluar tinju. Dua orang peserta saya agak dari silat kerana memakai seluar hitam seperti uniform silat. Terdapat juga peserta yang memakai seluar putih seperti uniform taekwando/karate.

Tidak banyak maklumat diberikan mengenai format pertandingan. Dari pemerhatian saya, tidak ada kategori mengikut berat. Dan dalam satu perlawanan, seorang peserta telah menarik diri kerana berat tak seimbang. Serangan siku dan lutut tidak dibenarkan. Seorang peserta yang menggunakan siku telah kena disqualified.

Perlawanan agak kurang menarik kerana peserta agak berhati-hati dan ada juga yang dah pancit. Kebanyakan serangan menggunakan kaki. Peserta juga banyak membuat teknik jatuhan. Serangan tangan agak kurang, mungkin peserta tak biasa pakai glove tinju.

Peserta dari tomoi mempunyai kelebihan kerana dah biasa berlawan full contact dan menggunakan glove tinju. Ini terbukti bila perlawanan akhir, kedua-dua peserta daripada tomoi.

Wednesday, April 07, 2004

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan

Saya dimaklumkan kejohanan ini pada tahun ini akan diadakan di sekitar Bandaraya Ipoh, Perak pada 9hb hingga 12hb Julai 2004. Sekiranya format tahun-tahun lepas dikekalkan, akan ada hampir 17 displin seni beladiri yang akan mengadakan pertandingan di gelanggang masing-masing. Satu peluang bagi warga Ipoh dan amnya Perak untuk mengenali pelbagai seni beladiri dari dalam mahupun luar negeri. Maklumat lanjut akan saya kemaskini dari masa ke semasa.

Friday, January 16, 2004

PERHIMPUNAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI NEGERI SELANGOR 2004

Saya dimaklumkan, esok (17 Januari 2004) akan diadakan perhimpunan ini di Stadium Melawati, Shah Alam pada pukul 2.00 petang. Majlis ini akan mengumpulkan ahli seni mempertahankan diri dari seluruh negeri Selangor dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor. Antara acara yang bakal diadakan adalah pertunjukkan seni mempertahankan diri dari pelbagai displin termasuk silat.